Rabu, 30 Juni 2010

5S Penyelesaian Bijak

Dokumen yang disusun kemas memudahkan pencarian apabila dikehendak


Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).

Kakitangan diberi kebebasan menunjukkan kreativiti masing-masing

Objektif Utama Program 5S

� Membina budaya Kaizen di tempat kerja

� Membina kerjasama melalui penyertaan semua

� Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

� Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

� Pendekatan Kaizen

� Pendekatan Inovasi

Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :

� Mengamalkan budaya kerja 5S

� Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

� Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

� Meluangkan masa untuk 5S

� Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

� Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan


sumber : http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/amalan5s_2.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar